24 August 2021

"NAK PRIVILEGE MACAM ORANG AMBIL VAKSIN... TAK MALU" - NAIM DANIEL



"Memang ia satu pilihan dan hak masing-masing. Tapi untuk menjaga nyawa, ia menjadi perkara wajib. Lagi pun kita dah disajikan dengan pelbagai input mengenai vaksin. Ia juga salah satu langkah untuk kita sama-sama membanteras Covid-19. Jadi janganlah pentingkan diri. Apa yang kita lakukan untuk menjaga nyawa.

"Yang ambil kesempatan ini, satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Bagi saya ia menyedihkan... mereka cuba pertahankan perjuangan menolak vaksin. Tapi mereka cuba untuk menjalani kehidupan secara normal. Pilihan itu akan memberi kesan kepada diri dan orang sekeliling," kata penyanyi dan pelakon Naim Daniel.

Umum mengetahui, negara kini sedang bekerja keras dengan program vaksinasi untuk hampir menuju ke arah imuniti kelompok dalam menangani pandemik Covid-19. Bagaimanapun, Naim meluahkan rasa pelik dengan golongan yang tolak vaksin namun mahu mendapat layanan sama rata dengan penerima vaksinasi lengkap.

Klik untuk gambar besar



Naim berkata golongan anti vaksin seharusnya sedar mengenai kepentingan mengambil vaksin dimana ia adalah satu cara untuk menjaga nyawa sendiri serta orang sekeliling. Sebelum ini, Naim ada memuat naik status di Twitter menggelar golongan anti vaksin tidak tahu mahu kerana mahukan kelebihan seperti individu yang sudah lengkap vaksin.

"Anti vax, tapi nak privilege macam orang yang ambil vaksin... tak malu," tulis penyanyi lagu 'Sumpah' yang berkata dia akan terus menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan maklumat dan mesej positif kepada orang ramai.



"Sampaikan mesej yang sepatutunya sebagai tanggungjawab kepada masyarakat. Sebagai orang dikenali kita kena pastikan kita sebarkan benda baik. Jadi saya harap semua rakan selebriti gunakan platform untuk buat benda baik.

"Tipulah kalau tak ada sosial media dan handphone untuk berinteraksi dengan orang ramai. Sekarang kita di puncak semua orang boleh dapatkan info. Saya selalu ingatkan diri, kita bukan sahaja penghibur dan selebriti tapi kita kena jalankan tanggungjawab kepada peminat serta penyokong.

"Sampaikan mesej yang sepatutnya sebagai tanggungjawab kepada masyarakat. Sebagai orang dikenali, kita kena pastikan kita sebarkan benda baik. Jadi, saya harap semua rakan selebriti gunakan platform untuk buat benda baik. Tiada bayaran untuk buat sesuatu yang baik," ujar pelakon drama 'Pia' ini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: