24 August 2021

NAMA JANNA NICK DIPETIK LAGI - SHEILA RUSLY TAK TERAGAK AMBIL TINDAKAN SAMAN



"Cukup-cukuplah menabur fitnah! Benda lain saya boleh tolak tepi tapi ini maruah keluarga saya. Ramai blogger di Facebook memanjangkan isu ini dengan berkongsi fitnah tersebut. Ia tidak benar!" itulah kata pelakon dan penerbit Sheila Rusly yang berasa berang apabila perkahwinan anaknya iaitu Uzair Haqimy didakwa menjadi punca hubungan retaknya dengan pelakon Janna Nick.

Sheila berkata, dia sangat marah tentang isu yang diberitakan oleh sebuah portal yang sengaja mengaitkan anaknya bersama Janna Nick. Ujar Sheila, dia tidak faham bagaimana boleh timbul cerita melibatkan anaknya dengan Janna sebab selama ini dia tidak pernah sekali pun membuka mulut atas apa yang berlaku.

"Saya marah sebab isu itu fitnah, Kalau melibatkan isu yang menyentuh keluarga saya, saya tidak boleh duduk diam. Pada saya, mereka tidak perlu mengambil peluang untuk mereka-reka cerita semata-mata untuk melariskan berita. Perkara itu memang tidak berlaku (hubungan antara Uzair dengan Janna). Lagi pun anak saya sudah mengenali isterinya sejak Elisya masih bersekolah lagi.

"Saya tidak faham. Saya menjaga aib dia (Janna). Sebab itu saya tidak mahu bercerita apa yang berlaku dan saya mengharapkan mereka-mereka di luar sana untuk terus melupakan apa yang telah berlaku. Perbalahan antara saya dengan Janna memang saya tidak akan diceritakan demi menjaga aib dia. Tapi janganlah sebab saya 'mengunci mulut', saya difitnah," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum itu menerusi laman Instagram, Sheila berkongsi paparan skrin satu Facebook Page menulis mengenai punca hubungannya dengan Janna Nick retak kerana pelakon itu menolak untuk dikahwinkan dengan anaknya.

"Dulu Sheila Rusly nak recommend Janna Nick untuk anak Sheila Rusly tapi Janna Nick tak nak jadi pilih Elisya Sandha ni. Kepada perempuan di luar sana, kalau mak atau mak angkat awak nak recommend calon terima sajalah sebab itu jalan terbaik," tulis pengendali akaun Facebook berkenaan.

Dalam pada itu, isteri kepada Jinggo itu turut memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak 'mencuit' menantunya Elisya kerana begitu menyayangi wanita itu.

"Jangan sesekali usik menantu saya. Saya sangat sayangkan Elisya. Jadi tolong jangan tulis cerita yang tidak betul dan boleh mengguris hati menantu saya. Kalau menantu saya sedih, suaminya juga akan bersedih begitu juga saya. Jadi saya ingatkan, jangan berani buat begitu," tegas Sheila.



Kata Sheila lagi, dia menjadi sangat emosi kerana menantunya tidak pernah mengganggu sesiapa. Malah, dia juga perlu menjaga hati keluarga Elisya. Kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia tidak pernah sesekali mengatur perkahwinan antara Uzair dengan Elisya, kerana percaya jodoh anaknya itu telah ditentukan oleh Allah SWT.

"Saya tidak menentukan jodoh anak saya. Jodoh itu kerja Allah SWT. Saya memberi ruang untuk anak saya membuat keputusan terbaik untuk dirinya. Alhamdulillah, dia memilih Elisya walaupun dalam hubungan dia sebelum ini, ada fasa turun dan naik. Tapi itu lumrah dalam perhubungan.

"Tapi disebabkan jodoh mereka kuat dan saya nampak keikhlasan jodoh mereka, jadi saya merestui perkahwinan anak saya dengan Elisya. Jadi cukuplah ambil tahu hal keluarga saya, jangan tabur fitnah lagi," katanya.



Dek kerana itu, Sheila mencabar pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan agar tampil dengan bukti jika dakwaan itu benar: "Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang. Diam saya tak bermakna kami kalah. Kepada mereka yang mencanang fitnah, sila tunjukkan bukti... saya sanggup berdepan," ujarnya.

Sementara itu, suami Sheila yang juga pengarah terkenal Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya pula berkata fitnah yang ditulis pengendali akaun berkenaan telah menggores hati menantunya.

"Dengan nama Allah kenyataan awak Kaki Komen (pemilik akaun Facebook) adalah dusta dan fitnah serta telah menggores hati menantu saya juga maruah keluarga dan menantu saya. Sebelum surat saman saya sampai pada awak... percayalah syurga dan neraka itu benar kecuali awak dilahirkan tanpa agama," ungkapnya.

Pada 21 Ogos lalu, anak sulung Sheila yang berusia 25 tahun itu selamat disatukan dengan adik kepada pelakon Fasha Sandha iaitu pelakon Elisya Sandha di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID), Selangor.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: