09 August 2021

KINI JUAL BUAH-BUAHAN - INDIVIDU MINTA PEMINAT SOKONG AZLEE SENARIO



Anggota kumpulan Senario, Azlee khabarnya kini sedang menjual buah-buahan tempatan di sebuah pasar tani. Perkara tersebut diuar-uarkan beberapa individu berlainan di media sosial Twitter di mana ciapan tersebut meminta netizen terutamanya peminat kumpulan Senario untuk menyokong perniagaan Azlee dengan membeli buah-buahan yang dijualnya.

Difahamkan, Azlee ada membuka gerai buah-buahan itu di tapak pasar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Terdahulu, Azlee atau nama penuhnya Azlee Jaafar, 53, yang ditemui media itu memaklumkan bahawa dia ada dikunjungi jiran-jiran kawasan perumahan untuk meminta bantuan seperti beras kerana kesempitan hidup disebabkan oleh PKP.

Ujarnya, ramai penduduk di kawasan tempat tinggalnya itu hilang pekerjaan dan mengalami pemotongan gaji akibat penularan wabak COVID-19. Dia yang turut menjadi sukarelawan dan aktivis NGO, Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam pernah mengedarkan pek bantuan makanan asas kepada penduduk terjejas sekitar kejiranan Lili, Saujana Utama.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: