16 August 2021

MAK WAN LATAH DEMAM BERPANJANGAN: "SEMPUT MENJADI-JADI, BADAN RASA SAKIT"



"Semput menjadi-jadi, badan rasa sakit. Tujuh hari saya demam dan lepas itu KKM ada datang buat swab test dan sekarang saya kena kuarantin kendiri. KKM ingat saya demam apa sebab dah tujuh hari... lagipun saya tidak pergi klinik. Jadi mereka risau dan terus datang ke rumah.

"Lepas periksa memang tiada apa-apa, Alhamdulillah," ujar pelakon veteran Mak Wan Latah yang kini dikhabarkan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah atas nasihat doktor.

Ujar Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, dia mengalami demam selama tujuh hari sehingga terpaksa menjalani ujian calitan Covid-19 dan bersyukur keputasannya negatif.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Mak Wan berharap agar rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana bimbang kes Covid-19 yang semakin meningkat.

"Kepada yang kat luar sana tolonglah... Saya yang tua ini duduk kat rumah takut nak keluar, kesianlah pada ibu-ibu yang mengandung, cucu-cucu kena duduk dalam wad tanpa emak, kesian pada frontliner kita.

"Duduklah rumah jangan suka sangat nak berjalan balik kampung sana sini. Tolonglah! dengarlah apa orang cakap," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: