29 August 2021

REZEKI ANAK AYDA JEBAT - BELUM LAHIR DAH TERIMA 'TAJAAN'



"Alhamdullilah, walaupun 'dia' belum lahir kami sudah terima beberapa 'endorsement'. Kami pun terkejut tapi itulah rezeki dia. Dan sekarang ini pun kami terima banyak sponsor barang kelengkapan bayi daripada kereta sorong, katil dan semuanyalah. Kami tak pernah duga akan diberikan rezeki ini. Syukur Ya Allah," demikian ujar penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.

Dihubungi media bagi menjawab soalan mengenai perancangan selepas bayi dilahirkan kelak, Ayda mengucapkan rasa syukur kerana sudah ada beberapa 'tawaran' (endorsement) buat anak mereka.

Dalam masa sama, Ayda dan suaminya, pengacara Nabil Mahir menzahirkan perasaan teruja dan bersyukur di atas rezeki kurniaan Ilahi buat mereka.

Sebelum ini, pasangan itu telah berkongsi berita mengenai jantina anak sulung mereka iaitu bayi perempuan yang dibuat menerusi laman sosial YouTube Wuvv Show.

Klik untuk gambar besar



Ditanya mengenai nama untuk si kecil itu nanti, Ayda dan Nabil memberitahu mereka masih belum membuat sebarang keputusan, namun mengakui sudah ada menyenaraikan beberapa nama.

Pasangan yang bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi iaitu pada hujung September ini, berharap agar segala urusan lancar dan dipermudahkan Allah S.W.T.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Ayda memilih untuk menjalani proses kelahiran secara pembedahan untuk melahirkan anak sulungnya itu. Apa-apapun, moga dipermudahkan urusan Ayda nanti.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: