29 August 2021

TAYANG JAM MEWAH DI IG - BEKAS PA VIDA NAFI BERNIAT RIAK, TUNJUK KEKAYAAN



Bekas pembantu usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini dikaitkan dengan isu cinta antara mereka berdua sehingga mendapat perhatian. Terkini, dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila dikatakan telah membeli jam mewah bernilai lebih setengah juta ringgit.

Malah, Iqbal juga memuat naik video memaparkan dia sedang membeli dua jam jenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota, baru-baru ini. Sehubungan itu, Iqbal mula menjadi mangsa kritikan dan kecaman netizen di mana dia dituduh sengaja berlagak mewah dan menunjuk-nunjuk.

Namun begitu, Iqbal tampil menafikan video tersebut dimuat naik kerana riak. Jelas Iqbal, dia sebolehnya dia ingin menyembunyikan kemewahan yang dimiliki.

Klik untuk gambar besar



"Saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naik kandungan berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang kandungan sebegini di media sosial. Cuma kali ini saya rasa tujuan vidoe itu bukan dimuat naik atas paksi riak. Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul-betul berusaha walaupun era pandemi, kejayaan tu pasti berhasil.

Katanya lagi, dia memilih untuk membeli barangan mewah secara tunai sebagai satu cara untuk mendidik netizen untuk tidak berhutang.

Terdahulu, Iqbal menjadi perhatian netizen apabila dia dikatakan sedang hangat bercinta dengan Vida namun tampil memberi kenyataan bahawa kisah cinta mereka agak merumitkan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: