06 August 2021

SAYU TINGGALKAN MALAYSIA - NOURUL DEPP HIJRAH KE BALI MINGGU DEPAN



"Saya akan merindui pemandangan ini (KL Tower). Sedih pula nak tinggalkan unit ini (rumahnya). Ini belum lagi pindah negara (Bali). Insha-Allah minggu depan," tulis penyanyi Nourul Depp, yang bakal meninggalkan Malaysia untuk berhijrah ke Bali, Indonesia.

"Sayang Kuala Lumpur, sayang Malaysia. Saya harap dapat berbakti kepada negara. Semoga anda semua dirahmati Allah SWT," tambahnya dipetik sebagai berkata menerusi satu perkongsian di Instagramnya.

Untuk makluman, Nourul sekeluarga akan berhijrah ke Bali untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Nourul berkata mereka sepatutnya berhijrah pada tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: