05 August 2021

ZIZAN: "KALAU SAYA TAHU (PELAWAK TU) PUN SAYA LEBIH PILIH TUTUP AIB"



"Ada yang mesej saya secara peribadi tanya siapa (pelawak) yang terlibat, tetapi saya memang tidak tahu. Saya pun terkejut dengan apa yang dilaporkan dan malam baru saya semak mesej serta Google berkenaan isu tersebut. Saya pun tanya orang dan orang lain pula tanya pada saya.

"Pada saya, kalau saya tahu pun saya lebih memilih untuk menutup aib. Jadi, pada saya, sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pandai-pandailah selesaikan masalah itu. Saya harapkan yang baik-baiklah untuk rakan-rakan pelawak ini,"kata pelawak dan pelakon Zizan Razak yang mmeberitahu ramai yang menghantar mesej kepadanya di laman Instagram, dimana rata-ratanya bertanyakan mengenai identiti pelawak yang disiasat itu

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks, dalam serbuan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu. Dalam pada itu, Zizan berkata jika dia mengetahui identiti pelawak yang terlibat, dia memilih untuk menutup mulut demi menjaga aib individu berkenaan.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: