04 August 2021

SEJADAH VIDA DIPERTIKAIKAN: "DICOP PENUNGGANG AGAMA, DIPERSALAHKAN ERTI..."



"DI COP PENUNGGANG AGAMA. Di persalahkan erti sebab saya jual sejadah baldu yang diberi nama 'SEJADAH DOA MAKBUL'. Saya mendapat banyak kecaman dari warganet & netizen tapi ALHAMDULILLAH MASIH ADA YANG BERSAMA SAYA.

"Terima Kasih," demikian tulis jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang mengakui nama sejadah baharu keluarannya 'Sejadah Makbul Doa' telah dipertikaikan baru-baru ini oleh warganet dan beranggapan beliau mengguna agama untuk 'marketing' percuma.

Vida akui telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen kerana memberi nama sejadah baharu keluarannya itu namun turut bersyukur masih ada yang menyokongnya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi satu perkongsian video di akaun Instagramnya, Vida memuat naik beberapa artikel berkaitan dengan 'Sejadah Makbul Doa' yang diinspirasikan daripada kerinduan terhadap Kaabah, Hajarul Aswad serta Tanah Suci Makkah.

Video hantaran yang dimuatnaik olehnya itu telah meraih lebih 100,000 tontonan dan juga mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut.

Sedia maklum, sejadah keluaran penyanyi 'I Am Me' itu telah dikritik oleh orang ramai di Twitter kerana didakwa memberi persepsi yang dianggap kurang sesuai selain ada juga yang menyifatkan Vida menjadikan ia sebagai 'marketing' percuma.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: