21 August 2021

SELAMAT NIKAH - ADIK FASHA SANDHA, ELISYA KINI MENANTU SHEILA RUSLY



Hari ini bukan sahaja pelakon Remy Ishak yang diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu Ezza Yusof, malah pelakon Elisya Sandha juga turut melangsungkan pernikahan dengan anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly, Uzair Haqimy.

Menerusi laman Instagram, Elisya, 22, yang merupakan adik kepada pelakon Fasha Sandha ini memuat naik fotonya mengenakan baju pengantin berwarna putih dengan kapsyen bersyukur meraikan hari bahagianya itu:

"Allah adalah sebaik-baik perancang. Syukur Alhamdulillah," tulis Elisya yang merupakan adik kepada pelakon Fasha Sandha.

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan disaksikan oleh saudara mara serta rakan terdekat secara atas talian.

Klik untuk gambar besar



Ia berdasarkan perkongsian Elisya di Instagram Story: "The Effort. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan," katanya.

Sebelum ini, jurusolek artis terkenal Datuk Alha Alfa menerusi perkongsian di Instagramnya, memuat naik gambar Elisya berpakaian serba putih untuk majlis bersejarahnya itu.

"Makeup nikah for my luvly adik Elisya Sandha hari ini, touch diinspirasikan look-look dari Timur tengah sikit. Thanks dear for having me," ujarnya.

Untuk makluman, Elisya bertunang dengan Uzair pada 31 Januari lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung secara sederhana.


























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: