21 August 2021

SHILA AMZAH BERPENDAPAT SAMAN SESAMA ARTIS MEMBAZIR MASA, DUIT



"Sha tak rasa wajar untuk saman menyaman sesama artis ni sebab akhirnya pusing-pusing situ juga. Sejujurnya, ia hanya membazirkan masa dan duit. Percayalah, saya pernah berada disitu. Kita saman orang, lepas tu deorang tak dapat bayar akhirnya tak jadi apa pun.

"Hanya membawa kepada burukan daripada kebaikan," itulah kata penyanyi Shila Amzah yang yang berkongsikan pengalamannya dimana saman sesama artis hanya merugikan masa dan duit sahaja kerana selepas selesai proses mahkamah dan jika menang, mereka yang didakwa perlu membayar ganti rugi.

Namun, jika pihak berkenaan tidak dapat membayarnya, tiada ada-apa tindakan susulan selepas itu. Katanya lagi, kes tersebut hanya lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Shila berkata ini bukan masa yang sesuai dengan perkara-perkara seperti itu dan adalah lebih baik gunakan wang tersebut untuk kelangsungan hidup.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai kemelut antara Azwan Ali dan Rozita Che Wan serta kes saman Siti Nordiana serta rakan artis Lan Solo dan Syura.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: