06 August 2021

TAK MERUNGUT 'INCOME' YOUTUBE JATUH - SYAHMI BANTU JIRAN 'BUAT DUIT', PEROLEH RM100,000



Ramai yang tertanya-tanya tentang pendapatan YouTuber Syahmi Sazli ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19, selepas hampir empat bulan saluran YouTube 'bersawang' tanpa video baharu.

Syahmi, 26, ketika ditanya berhubung perkara tersebut, mengakui terjejas. Meskipun begitu, Syahmi bagaimanapun berkata situasi berkenaan membuatkan dia lebih kreatif untuk mencuba sesuatu yang baharu menerusi perniagaan di laman e-dagang.

Lebih mengagumkan apabila dia juga berupaya membantu jirannya di Kota Bharu, Kelantan untuk menjana pendapatan bersih sekitar RM100,000 dalam masa hanya dua minggu.

"Sepanjang PKP ni YouTube dan Facebook memang terjejas teruk sebab tak boleh buat content, hanya bergantung kepada hasil tontonan video-video lama.

Klik untuk gambar besar



"Tapi Alhamdulillah Allah buka hati saya untuk mulakan bisnes walaupun sebenarnya ia sekadar try and error je. Tak sangka pula pendapatan daripada bisnes ni lagi banyak daripada hasilkan video YouTube... Alhamdulillah.

"Saya hanya nak tolong jiran yang ada perniagaan kedai makan, tapi sepanjang arahan lockdown baru-baru ini pendapatan dia makin terjejas. Dia datang minta tolong saya jualkan kuah mukbang, dia dah tak boleh bayar sewa kedai.

"Jadi saya pun tolong jual di Shopee. Alhamdulillah Tuhan nak tolong dia... untung bersih kira-kira RM100,000 dan jiran saya tu dapat RM70,000," katanya.


Kuah mukbang yang sudah terjual sebanyak 12,000 botol itu merupakan kuah segera yang sedia dimakan dengan makanan laut seperti udang, ketam, siput, kerang dan sebagainya.

Tambah pengarah filem 'Mael Totey The Movie' ini lagi dia terlebih dahulu memulakan bisnes di laman e-dagang berkenaan dengan menjual pewangi kereta.

Akui bintang media sosial yang turut mengetengahkan bakat orang kelainan upaya (OKU) seperti Mohd Asyiff Suhaimi dan Muhammad Ashrul Hakim Lukman (Yoe Parey) ini, pendapatan menerusi bisnes berkenaan melebihi apa yang diperolehi daripada YouTube dan Facebook.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: