24 September 2021

7 TAHUN SIMPAN - 'NUR LATIFAH CHERDIQ HANANIA' NAMA ANAK KE-6 OZLYNN



"Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania di hari Jumaat yang indah pada 3 September. Nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.

"Syukur kepada Allah kami diberikan peluang marasa nikmat sekali lagi. Bermata panda di malam hari. Berebut siapa nak bergendong baby. Tiga putera dan tiga puteri.

"Akhirnya suami kata ok cukup takat ini," demikianlah tulis pelakon Ozlynn Wati yang akhirnya tampil mendedahkan nama anak keenamnya, selepas tiga minggu melahirkan cahaya mata perempuannya itu menerusi muat naik di laman Instagram.

Menurut Ozlyn, dia dan suami yang juga merupakan pelawak serta penyampai radio, Johan telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka itu dengan nama 'Nur Latifah Cherdiq Hanania'.

Klik untuk gambar besar



Katanya lagi, nama tersebut sebenarnya telah pun disimpan lebih daripada tujuh tahun sebelum diberikan kepada anak bongsunya itu. Dalam pada itu, Ozlyn turut menzahirkan rasa syukur selepas dikurniakan rezeki untuk sekali lagi menimang cahata mata.

Dikesempatan itu juga, pelakon drama, 'Bukan Gadis Biasa' ini turut dilihat memberikan kata-kata semangat buat para ibu bapa yang sehingga kami masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

"Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki, jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.



"Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini. Membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah. Ujian kami, kehilangan bonda tercinta," kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji pilihan nama yang telah berikan oleh Ozlynn dan Jihan itu.

"Alhamdulillah dan Assalamualaikum baby Cherdiq. - "Comelnya jari jemari Cherdiq. - "Alhamdulillah. Semoga menjadi cerdik dan cantik seperti nama yang diberikan. Ameen. - "Assalamualaikum. Semoga membesar menjadi anak yang solehah. Semoga aunty dikurniakan zuriat. InsyaAllah," antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Ozlyn baru sahaja selamat menimang cahaya mata keenam pada tanggal 3 September lalu. Untuk makluman, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: