24 September 2021

MAAFKAN NETIZEN MEMAKI DIRINYA - FIRDAUS WONG DEDAH VIDEO SUMPAH LAKNAT ABANG MANGSA



Dedah lagi... Kali ini, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan rakaman suara dan perbualan lucah didakwa milik seorang pendakwah terkenal menerusi Telegram.

Firdaus dilihat semakin berani apabila memuat naik satu video dikatakan pengakuan lafaz sumpah laknat yang dibuat oleh seorang lelaki yang merupakan abang kepada seorang mangsa pendakwah berkenaan.

Menerusi video tersebut, individu itu mendakwa adiknya menerima panggilan video lucah daripada seorang pendakwah sehingga mengalami kemurungan serta tekanan sehingga pernah cuba membunuh diri.

Menurut Firdaus lagi, dia sempat bercakap dengan dengan ahli keluarga mangsa kira-kira 40 minit. Malah, mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada pendakwah bebas itu untuk terus menegakkan keadilan meskipun dimaki hamun setiap hari.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Firdaus turut mengatakan dia sentiasa memaafkan mereka yang memaki dirinya serta menuduhnya dengki serta berdendam terhadap individu tersebut.

Terdahulu, Firdaus mendedahkan perbualan didakwa milik pendakwah itu bersama seorang mangsa yang juga berstatus isteri antaranya permintaan bertukar pasangan serta melakukan seks di hadapan satu sama lain.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran di sebalik dakwaan berkenaan. Mungkin ia sekadar satu konspirasi, jadi dalam hal ini, lebih baik kita tunggu pihak berkuasa melakukan tugas mereka.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: