14 September 2021

ADAM CORRIE KONGSI PENGALAMAN ISLAMKAN 20 SAUDARA BARU



"Saya baru sahaja mengislamkan seorang saudara baharu hari ini di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Menariknya cerita saudara baharu ini, dia seorang perempuan dan mengalami kemalangan pada 2007. Dia cerita kepada saya sebelum membulatkan tekad memeluk Islam, dia selalu bermimpi bertemu malaikat. Semua ini kehendak dan aturan Allah.

"Semuanya bermula dengan hanya satu direct messege (DM) menerusi media sosial dua minggu lalu. Alhamdulillah, seorang lagi saudara baharu kita dan sudah 20 orang telah mengucap syahadah. Sama-samalah kita bimbing mereka semua," demikianlah kongsi pelakon Adam Corrie.

Baru-baru ini, perkongsian video Adam Corrie di laman Instagram menjadi perhatian ramai memaparkan dirinya mengislamkan dua pasangan saudara baharu. Menurut Adam, setakat ini dia sudah mengislamkan seramai 20 orang saudara baharu. Ujarnya, kebanyakan saudara baharu mendapat hidayah untuk memeluk Islam selepas mendengar azan.

Klik untuk gambar besar



Bercerita mengenai dua pasangan itu, Adam berkata pasangan pertama berketururan Cina dan yang kedua pula India. Kedua pasangan ingin berkahwin dan mahu terus mendalami agama Islam.

"Yang Cina perempuan, bakal suami seorang muallaf. Saya nasihatkan mereka, nak kahwin tiada masalah cuma kalau dah peluk Islam, jaga rukum Islam, belajar solat, mengaji dan sebagainya. Yang pasangan India, lepas mengucap dua khalimah syahadah, dia mereka menangis dan maklumkan masuk Islam sebab dapat ispirasi daripada kisah saya. Tapi, saya cakap hidayah milik Allah dan semuanya Dia yang susun," jelasnya

Untuk makluman, Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor 2017.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: