14 September 2021

MENGAKU TIDAK BERSALAH AMBIL DADAH - ANJU SELESA KONGSI DENGAN NETIZEN



"Saya ada pasukan peguam yang bagus. Insya-Allah, doakan semoga kes ini dapat diselesaikan. Terima kasih sekali lagi pada netizen dan 'followers'. Sebenarnya, mereka boleh saja pilih tak sokong saya, tapi sebaliknya," itulah kata pelakon sensasi, Zarina Anjoulie.

Zarina yang didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine, Jun lalu, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mahyun Yusof. Zarina diwakili peguam Ahmad Faiz Munawar dari Tetuan Nurul Hafidzah & Associates dan Fadhli Sutris dari Tetuan Fadhli Sutris & Associates.

Mengikut pertuduhan, air kencing Zarina didapati positif dadah jenis tersebut. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan jaminan RM2,000 dan sebutan semula kes pada 24 September depan. Terdahulu, pada 29 Jun lalu media melaporkan seorang selebriti wanita ditahan seleaps didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai.

Zarina atau mesra disapa Anju berkata, dia berasa lebih selesa apabila dapat berkongsi dan bersikap telus kepada orang ramai terutama pada netizen dan 'followers', berhubung pertuduhan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

Klik untuk gambar besar



"Tiga hari lepas semasa sesi siaran langsung di Instagram saya memang cakap akan ke mahkamah hari ini. Saya tidak mahu tipu 'followers' (pengikut). Apa pun saya nak berterima kasih pada 'followers' kerana sentiasa memberikan sokongan. Saya tidak menjangka mereka tetap ada bersama saya selain masih memberikan kata-kata semangat. Terharu saya dibuatnya.

"Saya memang tak nak sorok pun mengenai perbicaraan kes ini. Saya nak lalui ini tanpa berahsia. Saya lebih selesa untuk bersikap telus dan berkongsi pada semua. Bagi saya mudah, apa saja berlaku saya beritahu terus. Saya bukan nak bangga. Kalau tanya tak berasa malu kah, mestilah malu. Tapi saya nak jujur," katanya.

Zarina diwakili peguam Ahmad Faiz Munawar dari Tetuan Nurul Hafidzah & Associates dan Fadhli Sutris dari Tetuan Fadhli Sutris & Associates. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan untuk serahan dokumen daripada pihak pendakwan kepada pasukan pembelaan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: