13 September 2021

BILA ZUL ARIFFIN BERSAMA USTAZ EBIT LEW AGIH MAKANAN BUAT GELANDANGAN



Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menerusi laman Instagram miliknya telah menzahirkan rasa gembira apabila usahanya itu turut mendapat bantuan daripada kalangan artis termasuklah pelakon Zul Ariffin.

"Hari ni mereka gembira lihat @zul_ariffin dan ramai lagi sahabat, artis-artis, influencer, gamers yang berdakwah dan berkongsi rezeki. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Kerja ini banyak nak dibuat kerana itu perlu lebih ramai yang bersama-sama," kongsinya lagi.

Dalam masa masa, Ustaz Ebit Lew turut mendedahkan dirinya tersentuh ketika kembali menyantuni dan mengadakan program pemberian sumbangan buat para asnaf serta gelandangan di sekitar Kuala Lumpur, hujung minggu lalu.

Menurut Ebit, ada juga di kalangan mereka yang menangis dan meluahkan rasa sedih kerana terlalu rindu untuk bertemu dengannya. Katanya lagi, dia sememangnya sudah pun menganggap para gelandangan ini sebagai saudara paling rapatnya ketika ini.

Klik untuk gambar besar



"Misi ke KL sahabat-sahabat yang disayangi. Sayu jer jumpa pakcik makcik ni semua. Ramai menangis rindu dah lama saya tak tengok mereka. Makcik-makcik kata kami hari-hari doakan ustaz. Kami sayang ustaz sangat.

"Sedih rasa. Orang miskin dan jalanan nilah saudara rapat saya. Anak bawah jambatan. Pakcik makcik dijalanan. Kakak ibu tunggal yang besarkan anak seorang diri. Gembira dan sayang pada mereka sangat," tulisnya.

Malah, menerusi video berdurasi hampir satu minit itu turut memaparkan penglibatan Zul Ariffin yang dilihat tidak kekok untuk menyantuni para asnaf di program tersebut.

Tambahnya lagi, dia juga turut berharap agar penglibatan para selebriti serta bintang media sosial dapat membuat lata semua pihk untuk sama-sama menyertai kerja-kerja amal ini.



Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan agar segala usaha amal dan dakwah itu akan sentiasa dipermudahkan.

"Alhamdulillah, hikmah PKP. Ramai artis berubah. Amin ya rabbal alamin. Teruskan beristiqomah. - "Ya Allah, terasa manis ukhwah yang dibina.

"Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki ustaz dan semua yang terlibat. Amin. - "MasyaAllah, may Allah always bless you ustaz and your team,” antara reaksi-reaksi positif netizen di laman Instagram.

Selain Zul Ariffin, antara selebriti yang turut dilihat sama-sama menjayakan program tersebut termasuklah Ali Puteh, Harris Annuar, Safwan Nazri dan ramai lagi.















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: