13 September 2021

MAS IDAYU TAMPIL BERHIJAB



Menerusi perkongsian foto di laman Instagram, penyanyi Mas Idayu dilihat tampil berhijab, sekaligus mengundang persoalan netizen adakah dia sudah berhijrah.

Dalam satu foto dikongsikan, penyanyi berusia 49 tahun itu memuat naik gambarnya berhijab memaparkan aktiviti dine-in di salah sebuah restoran, pada 1 September lalu.

Rata-rata netizen memuji penampilan penyanyi itu yang dilihat sangat manis serta mendoakan agar penyanyi berkenaan agar terus istiqamah untuk berhijrah.

Malah, ada yang mengatakan Mas Idayu dilihat semakin muda apabila berhijab dan sejuk mata memandang melihat penampilannya itu.

Nampaknya semakin ramai selebriti wanita berhijrah ke arah lebih baik. Sama-sama kita doakan yang baik-baik dan semoga mereka kekal istiqamah dalam berhijab.

Klik utuk gambar besar









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: