13 September 2021

SHUIB BERSYUKUR AKHIRNYA BERTEMU AYASH AFFAN: "MUKA DADDY LAH..."



Setelah menanti lebih sebulan, akhirnya pelawak Shuib Sepahtu bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Shuib Menerusi satu perkongsian di Insta story, meluahkan rasa syukur tidak terhingga dapat meluangkan masa 3 jam bersama anaknya itu. Menurut Shuib, anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan berat sudah mencecah 2.6kg serta kuat menyusu. Katanya lagi, anak itu sama seperti wajahnya.

Lebih sebak, Shuib mengatakan ianya hadiah sangat istimewa daripada arwah isterinya dan berharap Siti Sarah ada bersamanya dan anak mereka.

"SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuabkar... Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa 3 jam dengan AYASH AFFAN. Syukur, AYASH sihat, berat dah 2.6kg, menyusu kuat dan comel-sangat-sangat!!! Muka macam daddy la, Ibu, memang special sangat Hadiah dari Ibu, Allahuabkar. I wish you are here Sayang. I LOVE YOU," tulis Shuib.

Terdahulu, Shuib berkongsikan Ayash sudah dikeluarkan dari inkubator dan sudah menunjukkan perkembangan yang sangat baik serta sudah mula minum susu ibu daripada sepupunya.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: