13 September 2021

MAHU CALON SUAMI TIDAK TERLALU BERKIRA - FATIN AFEEFA NAFI MATERIALISTIK



"Jika ada lelaki yang ingin menjadikan saya calon isteri, dia perlu menepati ciri-ciri diharapkan. Paling penting, bukan lelaki yang kedekut dengan isteri. Kalau terlalu berkira, maknanya 'good bye'. Saya juga bukannya wanita materialistik.

"Apa yang saya harapkan adalah limpahan kasih sayang daripada seorang suami," ujar pelakon Fatin Afeefa yang berkata andai bertemu jodoh lagi, dia mahukan lelaki yang tidak berkira atau pun kedekut dengan isteri.

Pelakon filem 'Tentang Bulan' itu yang sudah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal itu mengakui tidak pernah hidup kesunyian meskipun tiada insan bergelar suami disisi.

Fatin berkata banyak lelaki cuba mendekati namun dia menolak kerana belum bersedia lagi untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Klik untuk gambar besar



"Saya selesa hidup sendirian. Saya boleh fokus dengan kerjaya di samping membesarkan dua cahaya mata. Walaupun ramai beranggapan hidup saya sunyi tanpa suami, namun hakikatnya, saya tidak sempat sunyi.

"Bohonglah jika dikatakan tiada lelaki cuba mendekati, tetapi saya banyak menolak. Saya tidak bersedia untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup.

"Bukanlah serik, tetapi saya lebih selesa kehidupan bebas yang dilalui. Jika berkahwin, seterusnya melahirkan anak, bagaimana saya mahu fokus terhadap kerjaya lakonan yang baru kembali semula," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: