03 September 2021

BEKAS PA VIDA NAFI NAK 'KIKIS HARTA': "KAMI BENAR-BENAR AKRAB"



"Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat dari Dato Seri Vida, sebaliknya beginilah beliau apabila dengan saya. Voice pagi ini beliau hantar kepada saya. Menangis gembira. Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekati beliau hanya kerana 'mengikis harta' namun jauh sekali begitu.

"Mereka perlu tahu kami benar-benar akrab. Dunia akhirat," itulah tulis usahawan yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, menerusi muat naik di Insta Stories.

Beberapa perkongsian Iqbal telah mencuri perhatian apabila dia ada memuat naik tangkap layar yang merakamkan bekas majikannya itu menangis kegembiraan. Sambil mengakui hubungan mereka cukup akrab, Iqbal antara lain turut mendedahkan Vida sendiri akan berkongsi punca dia menangis terharu.

Sementara itu, Iqbal juga menambah, Datuk Vida pernah berkongsi dia pernah bercita-cita untuk bergelar ustazah selain sering kongsi 'voice note' dirinya yang mengalunkan ayat suci al-quran.

Klik untuk gambar besar



"Rutin Dato Seri Vida sejak bertahun dulu. Cuba lihat jam berapa (3:27 pagi). Beliau akan hantarkan suara mengaji, dengan hasrat mahu pandai baca Al Quran.

"Cita-citanya mahu jadi ustazah. Dulu saya berseloroh, "gelak tu cuba perlahan sedikit". Jawab Dato Seri Vida, "tak boleh nak kontrol jadi sendiri". Lama kelamaan saya jadi risau kalau lama tak berbunyi suara gelak beliau," tulisnya.

"Ini jawapan ramai yang DM tanya kenapa Dato Seri Vida menangis gembira... 30/8/2021. Nanti beliau sendiri akan kongsikan," kongsi Iqbal menerusi sekeping foto Datuk Vida yang ketika itu dipercayai sedang mengambil ujian kesuburan.

Pada masa sama, Iqbal ada memuat baik sekeping foto berbeza yang merakamkan aksi kandid penyanyi lagu 'I Am Me' itu ketika berada di Tanah Suci Mekah.



"4/3/2018. Dato Seri Vida bawa diri ke Mekah untuk berdoa; saat perkahwinan kami tidak direstui oleh beberapa pihak. Itu kali pertama saya tidak mengikuti beliau ke luar negara. Setiap kali di hadapan Kaabah, beliau video call dengan saya dan menasihati saya agar bersabar," tulisnya lagi.

Terdahulu, nama Iqbal yang kini turut sukses dalam dunia bisnes menjadi sebutan apabila kisahnya yang dikatakan bakal berkahwin dengan usahawan terbabit kembali diperkatakan.

Dia bagaimanapun tampil memperincikan mengenai situasi sebenar mengenai hubungan di antara mereka dan turut berkongsi hal berkaitan di laman Instagram.



Sementara itu, Vida baru-baru ini ada berkongsikan video memaparkan dirinya menjalani ujian 'Ovarian Reserve' untuk tujuan mengetahui tahap kesuburannya pada akhir Ogos lalu.

Kata Vida, dia telah memperoleh keputusan tersebut dan memaklumkan bahawa dia masih berpotensi untuk mempunyai zuriat dan berada dalam keadaan sihat meskipun sudah lanjut usia. Jelasnya lagi, doktor bertauliah yang memeriksa keadaannya memberitahu bahawa tiada kolestrol dalam darah seperti darah 'anak dara'.

"Bila ada kisah-kisah nak kahwin ini, saya tak nak ada masalah kalau kahwin tak ada zuriat. Saya nak bahagia dah. Dulu tak terfikir nak buat ujian. Jadi, saya perlu pastikan saya seorang wanita yang masih muda dan melahirkan zuriat. Maka saya buat ujian ovarian reserve, ambil darah untuk mengetahui berapa kandungan telur dalam badan saya," ujarnya.

Ibu kepada penyanyi dan pelakon cilik Cik B ini dalam pada itu, sempat memaklumkan Iqbal mengenai perkara tersebut dengan mengirimkan kiriman suara sambil menangis tersedu-sedan selepas menjalani ujian terbabit.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: