09 September 2021

BELUM VAKSIN - FAUZIAH NAWI KECEWA BILA ADA PRODUKSI AMBIL BERLAKON



“Macam mana ada producer dan pengurus produksi (PM) boleh ambil pelakon atau karyawan yang tak vaksin? Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian kebenaran akan ditarik balik.

“Menyusahkan. Kalau pihak #KKM #MKN #FINAS dapat tahu macam mana? Atau kalian ada cable besar ke? Ini bukan cemburu tapi diam diamlah janganlah nak menganjing,” tulis pelakon Fauziah Nawi meluahkan rasa kecewa.



Ia berikutan dakwanya ada penerbit dan produksi yang mengambil pelakon belum belum lengkap vaksin berlakon. Bukan soal cemburu, tetapi dia bimbang kelonggaran yang diberikan akan ditarik balik jika pihak Kementerian tahu akan perkara itu.

“Hak asasi manusia tapi janganlah sombong, tak ada siapa cemburu anda shooting. Memang rezeki Allah tapi boleh tak jangan cakap. Diam-diam sudahlah. Kenapa buat macam ini, selfish dan sombong,” ujarnya dipetik sebagai berkata melalui MStar.

VIDEO : Besarkan untuk menonton


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: