26 September 2021

DAH SEDAR, TAPI ZYDEE ONE INGATAN TAK BERAPA OKAY LAGI



"Dia dah sedar, tapi ingatannya tak berapa okay lagi. Dia tak berapa ingat beberapa benda dan keadaannya masih lagi di bawah pemantauan doktor. Setakat ini, ibunya belum memaklumkan apa-apa kepada saya mengenai pembedahan. Pihak mereka masih menunggu maklumat daripada doktor.

"Ibunya juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai yang mendoakan kesejahteraan Zydee. Ibunya adalah wanita yang kuat dan dia menjaga Zydee yang juga anak tunggal," kata anggota One Nation Emcees (ONE), Kozae Murtaza yang memaklumkan, rakan seperjuangannya dalam kumpulan itu, Zydee Idris, 40, kini sudah sedarkan diri namun sukar untuk mengingat banyak perkara.

Kozae ketika dihubungi berkata, Zydee bagaimanapun masih lagi di dalam pemantauan doktor. Kozae juga memaklumkan, setakat ini belum ada maklumat mengenai pembedahan.

Malam kelmarin, Zydee mengadu sakit di bahagian dada ketika makan malam bersama rakannya dan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Di hospital, dia dimaklumkan mengenai penyakit darah tingginya dan tidak lama selepas itu, dia diserang strok.

Kozae juga memaklumkan bahawa Zydee sebelum ini mempunyai sejarah penyakit asma yang kronik. Zydee kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: