26 September 2021

LEPAS IQBAL BALING WANG, VIDA TIBA-TIBA AKUI PERNAH BALING SELIPAR PADA IQBAL



"Iqbal ikhlas menerima saya seadanya.. terima anak saya, Cik B dan Kacak. Dia telan semua perangai saya. Saya bukan orang yang lembut tapi dia terima saya.

"Kalau tak kena (ada isu) saya marah. Saya baling selipar. Tapi di saat dia dihina.. mana saya? Saya tak hilang tapi saya banyak berdoa," ujar usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengenai Iqbal.

Malah secara terangan, Vida memulakan bicara dengan mengakui Iqbal bakal imamnya.

Video terbaru Vida itu muncul selepas Iqbal baru-baru ini mencampakkan duit yang banyak dihadapan wartawan. Dakwanya, dia tidak mempunyai niat untuk mengikis harta Vida, kerana dia sendiri sudah mempunyai banyak wang.

Namun, rata-rata netizen seolah sudah muak dengan drama bersiri yang didakwa dilakonkan oleh Vida dan Iqbal.

"Eh, eh. Aku tengok video ni, aku pulak rasa nak baling selipar," ujar salah seorang dari mereka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: