20 September 2021

DIDAKWA BERIADAH DI JANDA BAIK TANPA SURAT RENTAS NEGERI - INI JAWAB VIE SHANTIE



Menerusi muat naik di lamam Instagram, selebriti media sosial, Vie Shantie Khan baru-bari ini telah berkongsi beberapa keping foto sedang beriadah di Janda Baik bersama keluarga. Bagaimanapun, perkongsian Vie itu telah mengundang persoalan orang ramai.

Orang ramai mempertikaikan bagaimana selebriti media sosial ini merentas negeri untuk tujuan bercuti sedangkan perkara sedemikian belum lagi dibenarkan.

Enggan ia menjadi pertikaian, Vie tampil menjawab Plaza Tol Gombak adalah sempadan negeri Selangor jadi surat kebenaran merentas negeri tidak diperlukan.

Klik untuk gambar besar



"Tak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor. Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya," katanya.

Dalam hantaran itu, dia turut meluahkan rasa syukur sebaik kerajaan mengisytiharkan kebenaran untuk semua aktiviti riadah. Katanya lagi, perjalanan ke lokasi riadah di Janda Baik itu hanya mengambil masa 30 minit dari rumahnya. Dia sangat teruja kerana dapat melepaskan beban rindu untuk meluangkan masa bersama ahli anggota keluarga.

Berasa pelik dengan penjelasan yang dibuat, netizen mempersoalkan kedudukan Janda Baik sama ada berada di negeri Pahang atau Selangor. Ramai juga yang keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti riadah di Selangor.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: