20 September 2021

GOSIP PUTUS DENGAN AZIRA, 'TRY' FIFY AZMI - SHARNAAZ PELIK, AKUI SIBUK JAGA ANAK



"Memandai saja putus la, try la, mengorat la... aku elok saja hari-hari duduk rumah jaga anak waktu mana yang mengorat dan try ini? Ke ada yang aku sendiri tak ingat?" itulah tulis pelakon Sharnaaz Ahmad secara berseloroh menerusi laman Instastory miliknya.

Hubungan Sharnaaz dengan ahli kumpulan DeFam, Azira Shafinaz tiba-tiba dikatakan sudah berakhir biarpun sebelum ini mereka tidak pernah mengaku bercinta.

Enggan membiarkan spekulasi itu terus diperkatakan, Sharnaaz tampil menegaskan dia tidak mempunyai masa untuk bercinta sebaliknya hanya sibuk menjaga anak di rumah.

Sharnaaz berkata demikian bagi memberi respons terhadap laporan sebuah blog mendakwa dia kini sedang mendekati pelakon baharu, Fify Azmi. Spekulasi itu timbul gara-gara sesi IG Live aktor itu dengan pelakon Shukri Yahaya pada minggu lalu.

Klik untuk gambar besar



Sesi IG live itu menjadi perhatian apabila Sharnaaz dikatakan sedang memikat seorang aktres dan rata-rata netizen mula meneka wanita itu adalah Fify Azmi.

Pada Jun lalu, aktor berusia 36 tahun itu digosipkan sedang bercinta dengan Azira selepas mereka sering berbalas komen di Instagram.

Dalam pada itu, Sharnaaz ketika dihubungi berkata dia menganggap gosip tersebut sekadar perkara remeh dan tidak perlu diperbesarkan.


"Saya tak kisah pun... biarlah, tulislah apa nak tulis. Orang tak tulis, orang tak ingat dekat kita. Mereka tulis sebab mereka sayang kat kita la tu. Rasanya dah memang umum tahu saya lebih utamakan anak berbanding perkara lain. Lagipun isu ini sangat remeh nak bebankan kepala netizen.

"Banyak lagi benda mereka nak fikir. Nak cuti ke Langkawi kena swab, nak dine in kena cukup 14 hari... setakat kisah saya ini kes terpencil saja," ujarnya.

Sementara itu, pelakon filem Jebat itu memberitahu dia menganggap semua kawan wanita dan lelaki adalah istimewa baginya: "Bagi saya, semua kawan-kawan perempuan dan lelaki saya special," tutur Sharnaaz secara ringkas.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: