16 September 2021

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN ISU KESIHATAN MENTAL



Drama rantaian ‘The Hotel’ ialah sebuah naskhah asal yang mengangkat tentang isu kesihatan mental terbitan syarikat produksi Juida Viden Sdn. Bhd. Penceritaan drama 24 episod yang menyuntik elemen konflik cinta romantik penuh misteri dan manipulasi yang menyentuh hati sebagai plot utama ini bakal menghiasi slot Megadrama bagi menggantikan drama Hawa.

Idea asal drama ‘The Hotel’ diilhamkan oleh penerbit dan pengarah prolifik, Michael Ang serta turut mendapat sentuhan Helmi Yusof yang memikul tanggungjawab selaku pengarah untuk drama ini. Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan dan Michelle Yoon.

Drama ‘The Hotel’ turut diserikan dengan kehadiran nama-nama popular seperti Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Yasmin Hani, Datin Paduka Eina Azman, Farah Ahmad, Daler Yusof, Alif Hadi serta ramai lagi.

‘The Hotel’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 15 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: