16 September 2021

FILEM PENDEK - KAMPONG PISANG KITA SETANDAN



Istimewa Sempena Hari Malaysia, Astro mempersembahkan sebuah filem pendek arahan Pengarah tersohor Mamat Khalid bertajuk 'Kampong Pisang Kita Setandan'.

Filem pendek ini bertemakan semangat perpaduan yang wujud dalam sebuah kampung yang sangat terkenal di hati dan ingatan penonton iaitu Kampong Pisang. Penonton boleh menyaksikan filem pendek berdurasi setengah jam ini di Astro 25 (saluran 100) pada 16 September, Khamis atau penonton juga boleh strim platform On Demand dan Astro GO.

Kampong Pisang Kita Setandan mengisahkan tentang Teck Zee anak kepada Ng Chee Lam ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan. Namun kedua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya. Mengapa? Di sini geng Kampong Pisang yang diketuai oleh Pak Din Pest Control mencari kepastian dan me-rescue demi memastikan keharmonian penduduk kampung itu.

Berjayakah mereka? Saksikan avengers Kampong Pisang beraksi sekali lagi.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: