18 September 2021

FARAHDHIYA GEMBIRA BERJAYA KHATAM AL-QURAN & LENGKAP DOS KEDUA



Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Farahdhiya telah meluahkan rasa gembira apabila dia berjaya Al-Quran kelmarin. Farahdhiya, 37, yang memuat naik foto dirinya berhijab itu berasa lega apabila dalam masa sama telah genap 14 hari mendapat vaksinasi lengkap Covid-19.

"Alhamdulillah,hari ni hati berbunga2. Pertamanya sebab hari ni saya dpt Khatam Quran dan hari ni jugak cukup 14 hari after my 2nd dose, so I'm fully vaccinated now, I can start working again," tulisnya.

Dalam pada itu, Farahdhiya sempt berseloroh dengan mengibaratkan menunggu untuk dos kedua vaksin AstraZeneca umpama menunggu jodoh: "Menunggu 2nd dose Astra Zeneca ni macam menunggu jodoh yg tak kunjung tiba, lama naw nawww!," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Farahdhiya memaklumkan sebelum ini dia mengambil masa untuk berehat dari media sosial. Paling yang membuatnya teruja adalah untuk kembali berlakon selepas Perintah Pergerakan fasa ketiga (PKP 3.0) yang dilaksanakan kerjaan sejak Mei lalu.

"Recently I took a break from social media just to focus on myself, Alhamdulillah, a good break it was. Now I'm back and now teringin nak makan macam2 dkt luar tu, dimsum, korean bbq, Japanese food, semua lah, tapi yg paling tak sabar is to start working again! New projects coming soon, will update. Take care everyone," ujarnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: