07 September 2021

INDIVIDU IMBAS GOSIP LAMA ELLA & RASHID SIDEK - INI REAKSINYA



Susulan pencapaian anak didik, Cheah Liek Hou yang berjaya meraih emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, nama lagenda badminton negara, Rashid Sidek kembali menjadi sebutan, sejak beberapa hari lalu.

Rashid yang bertindak selaku jurulatih badminton para negara merupakan antara watak penting yang merintis kejayaan sulung Cheah Liek Hou di pentas sukan terbesar dunia itu.

Ketika seluruh rakyat Malaysia tidak henti-henti menitipkan ucapan tahniah buat wira-wira negara itu, tular pula sebuah ciapan di laman Twitter yang memaparkan sebuah foto lama membabitkan Rashid bersama ratu rock tanah air, Ella.

Foto tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak yang rata-ratanya mengimbau semula kisah-kisah ketika zaman 90-an dahulu. Lantaran itu, menerusi sebuah hantaran di laman Twitter, Ella turut dilihat ada memberikan reaksinya berhubung foto berkenaan.

Menurut penyanyi lagu 'Layar Impian' itu, gambar tersebut merupakan sebuah kisah lama dan Ella juga turut memaklumkan hubungannya bersama Rashid hanyalah sekadar teman biasa.

Klik untuk gambar besar



Katanya lagi, dia juga sebenarnya merupakan salah seorang peminat tegar kisah-kisah biografi dan animasi popular, Anak-Anak Sidek: "Alaa cerita lama, hanya kawan. Lagipun, I'm a fan of Anak-Anak Sidek. Okay gambar ni jelas sikit," tulisnya.

Menerusi entri yang sama, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, turut dilihat berkongsi semula foto berkenaan tetapi kali ini dengan versi yang lebih jelas.

Sekadar informasi, Rashid merupakan antara atlet badminton yang telah banyak mengharumkan nama negara di pelbagai kejohanan besar termasuklah ketika meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan di Sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996.

Selain daripada itu, Rashid juga merupakan antara pemain yang tergolong di dalam generasi emas badminton negara susulan kejayaan memenangi Piala Thomas buat julung kalinya pada tahun 1992.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: