07 September 2021

DISEMBER INI - VIDA & IQBAL BAKAL BERNIKAH?



Minggu lalu, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal merancang untuk meminang jutawan kosmetik dalam masa terdekat. Iqbal berkata Vida turut meminta untuk mengikut adat berjumpa dengan keluarganya terlebih dahulu.

Terkini, perkongsian Vida menerusi sesi IG Live malam tadi telah menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsikan tarikh perkahwinannya dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal.

Meskipun tidak mengumumkan tarikh, namun Iqbal sendiri tampil memberikan respon ketika sesi live berkenaan dengan meninggalkan komen ringkas "Bulan 12".

Klik untuk gambar besar



Tidak mengulas lanjut mengenai jal perkahwinannya itu, Vida bagaimanapun sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan untuk dirinya.

"Banyak yang hubungi ucap tahniah in advance, terima kasih sangat dan Tuhan mendengarlah kita punya doa iaitu kita nak kaya dunia dan akhirat. Alhamdulillah, saya dapati di dunia ini doa itu penting.

"Ikhlas daripada hati semua yang kongsi 'saya ada kembar dan saya nak Datuk dapat anak kembar' walau saya rasa agak mustahil. Akan tetapi kalau Allah kata 'kun' InsyaAllah akan menjadi," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: