07 September 2021

"SAYA TAK MALU..." - SHUK JUAL AIR KOPI TEPI JALAN DEMI ISTERI



"Alhamdulillah, orang kita ini semua baik-baik. Ramai tahu saya buka perniagaan Semooth Cafe dan meski mereka tahu tentang kontroversi yang melanda sebelum ini, ia tidak pula menjejaskan perniagaan saya.

"Empat bulan pertama sebelum ini adalah satu proses yang agak mencabar. Saya sampai terpaksa keluar duit sendiri selain mengambil inisiatif untuk turun padang sendiri dengan pergi menghantar pesanan minuman dari rumah ke rumah.

"Jujurnya, saya tak malu buat semua itu malah bersyukur kerana tahu di sebalik kecaman, masih ramai yang mendoakan dan menyokong saya," kata pelawak dan pengacara Shuk Sahar.

Shuk yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga itu meluahkan rasa syukur perniagannya tidak terjejas biarpun ramai yang mengecam dirinya. Tidak patah semangat untuk bangkit selepas apa yang berlaku, Shuk turut bersyukur masih ramai yang menyokong serta mendoakan dirinya.

Berkongsi mengenai perniagaan terbarunya, Shuk berkata dia kini membuka sebuah gerai menjual air kopi di tepi jalan yang merupakan idea daripada isterinya, Sera, dalam masa sama mahu membantu orang ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil.

"Sera yang bercadang mahu membuka sebuah gerai kopi di tepi jalan dan kebetulan, dia pun suka berniaga. Rasanya, sekarang adalah masa terbaik untuk membuka perniagaan baru ini memandangkan peminat kopi boleh dikatakan ramai juga di Malaysia ini.

"Dalam masa yang sama, saya pun nak bantu juga peniaga kecil. Cuma bermodalkan RM4,000, mereka boleh buka kedai kecil dan kami akan sediakan sembilan jenis kopi dan satu air berperisa coklat untuk mereka terus mula berniaga," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: