18 September 2021

"KATA TAUBAT, DAH PERGI TABLIGH" - FARA SALLEH RIMAS MASIH DIGANGGU SHUK?



"Nampak tak siapa ganggu aku?? Diapa datang today? Aku semak!!!! Kata tobat dah pergi tabligh," demikianlh tulis Fara Salleh menerusi satu perkongsian di IG Story dimana dia meluahkan rasa rimas kerana masih lagi diganggu oleh seorang lelaki yang tidak berhenti mencarinya.

Tidak menyebut nama individu berkenaan, namun Fara ada mengatakan lelaki tersebut pergi tabligh seolah merujuk kepada pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang juga baru-baru ini turut mendalami ilmu agama.

Menerusi perkongsian tersebut, Fara turut memuat naik gambar memaparkan bahagian belakang badan individu tersebut. Bagaimanapun, Fara sudah pun memadam perkongsian berkenaan selepas beberapa minit memuat naik gambar tersebut.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelawak, pengacara dan pelakon Shuk Sahar disebabkan orang ketiga dikenali sebagai Fara Salleh.

Bagaimanapun, Shuk sudah pun memohon maaf dan berjanji akan melakukan yang terbaik buat keluarganya untuk menebus kesalahan tersebut. Malah, difahamkan, baru-baru ini Shuk sedang mendalami ilmu agama.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: