Selepas dijangkiti varian delta wabak berbahaya COVID-19 pada Julai lalu, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan memaklumkan dirinya kini sudah kembali sihat dan deria rasanya kini sudah kembali normal serta keadaan paru-parunya sudah baik. Dalam pada itu, turut berkongsi keadaannya ketika mula menerima rawatan di sebuah hospital berhampiran tempat tinggalnya.
"Setakat ini Alhamdulillah tiada long post COVID-19. Deria pun okey, paru-paru pun okey. Semuanya kembali normal. Struggle sikt nak lawan sebab saya kena varian delta. Ini gambar masa saya di hospital. Sementara menunggu panggilan doktor saya terpaksa tidur di kaki lima berhadapan pintu masuk kecemasan.
"Kebetulan saya agak lama di situ jadi stand by toto. Ada pak cik dan mak cik yang terpaksa tidur beralaskan kotak je macam jiran sebelah 'katil' saya ini. Apapun, sentiasalah jaga SOP dan sentiasa doa pada Allah supaya kita dan seluruh keluarga kita selamat dari wabak COVID-19 ini," pesannya.
Sementara itu, nama Abu telah dikaitkan pula dengan kes melibatkan pendakwah terkenal yang kini disiasat atas tuduhan gangguan seksual, gara-gara pernah viral disebabkan kisah rumah tangga sebelum ini. Abu Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi memohon agar semua pihak berhenti menjadikan kisahnya sebagai kandungan untuk mengulas isu yang sedang berlaku.
Klik untuk gambar besar
"Saya terpanggil untuk bercakap mengenai isu ini sebab nama saya turut dikaitkan. Saya hanya ingin meminta semua pihak tidak kaitkan saya dengan isu ini. Sebelum ini saya pernah viral tapi isu melibatkan peribadi dan sebab itu orang buat 'troll'.
"Tapi isu pendakwah terkenal itu melibatkan undang-undang. Jadi, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan. Tak perlu nak kaitkan dengan orang lain atau ulas isu ini," ujarnya.
Sebelum ini, PU Abu pernah menjadi viral gara-gara kontroversi menceraikan isteri pertama ketika sedang hamil dan berkahwin dengan wanita lain. Selain PU Abu, nama Da'i Syed dan Da'i Farhan turut dikaitkan dengan isu melibatkan pendakwah terkenal tersebut.
Dalam pada itu, PU Abu turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pendakwah selebriti dan influencer yang mengambil kesempatan untuk mengulas isu tersebut. PU Abu berpendapat isu tersebut tidak sepatutnya diulas di media sosial memandangkan ia masih dalam siasatan polis.
"Saya perasan ada segelintir pendakwah selebriti dan influencer turut mengulas mengenai isu tersebut. Bagi saya, tidak perlu sebenarnya. Kes itu pun masih dalam siasatan polis. Nasihat saya, janganlah ambil kesempatan atas apa yang berlaku.
"Lagi kita ulas, seperti membuka ruang untuk fitnah. Biar hanya dua pihak saja terlibat iaitu pihak yang memperjuangkan hak mangsa wanita dan pihak berkuasa yang menyiasat kes tersebut," tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment