22 September 2021

LAGI SEKALI JANNA NICK DIKECAM



Nampaknya pelakon Janna Nick seolah tidak pernah 'serik' dikecam netizen sebelum ini. Ini kerana Janna sekali lagi menerima kecaman apabila dia memuat naik lagi gambar yang menjadi perhatian ramai hari ini.

Baru sahaja reda dengan kontroversi baju terselak, terkini Janna nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, berkongsi foto dimana ia memaparkan aksi yang dilihat agak mencolok mata.

Lebih menjadi perhatian, pelawak Zizan Razak turut meninggalkan komen menyamakan gaya berdiri Janna seperti sedang membuang angin atau kentut namun memuji pelakon itu tetap kelihatan cantik.

"Time (waktu) kentut pun cantik (diikuti dengan emoji hati berwarna merah)," gurau pelakon filem 'Polis Evo' itu.

Klik untuk gambar besar



Komen tersebut seterusnya mengundang tawa netizen dan ada yang berpendapat gurauan Zizan agar kasar: "Zizan membuat lawak kasar ya," balas seorang netizen.

Tidak melatah dengan gurauan Zizan itu, bekas pengacara Melodi itu dilihat membalas komen tersebut dengan ketawa panjang: "Hahaha, syaitan".

Tidak kurang juga, pelakon Yasmin Hani turut meninggalkan komen menghiburkan: "Tumpang letak cawan boleh".


Terdahulu, pelakon yang sedang mengembangkan kredibiliti sebagai pengarah dan penerbit itu mengundang buah mulut ramai, apabila menyiarkan gambarnya memaparkan baju yang terselak pada bahagian dada.

Janna dalam kenyataannya memberitahu, dia menerima segala komen dengan hati yang terbuka. Katanya, dia tidak akan memadam foto baju nampak dada itu daripada media sosialnya.

Kekasih kepada pelakon Dini Schatzmann ini mengakui menghidap sejenis gangguan bipolar dan masih meneruskan rawatan bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: