21 September 2021

ROY GAGAHKAN DIRI MENYANYI MESKIPUN BELUM CUKUP SEMBUH



"Suara saya pun kadang-kadang okay dan kadang-kadang tak okay. Begitu juga dengan tahap gula dan tekanan darah yang tak berapa stabil. Kalau badan tak cergas, susah juga untuk saya kembali bekerja.

"Menurut doktor, saya mungkin perlu mengambil masa selama setahun atau lebih untuk kembali sembuh memandangkan tahap empat adalah hampir kronik.

"Saya sudah kembali menyanyi 'busking' kerana itu saja punca rezeki saya memandangkan ada beberapa tawaran nyanyian sebelum ini dibatalkan," kata penyanyi Roy yang dijangkiti Covid-19 tahap empat pada penghujung Januari lalu masih berdepan beberapa masalah antaranya pernafasan.

Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi, 57, berkata, kadang-kadang pernafasannya masih lagi sesak. Menurutnya, ada kalanya tekanan darah turun terlalu rendah menyebabkan dia pitam.

Bagaimanapun, Roy tetap menggagahkan diri untuk menyanyi walaupun staminanya belum cukup kuat. Roy sebelum ini dirawat dan menjalani kuarantin selama seminggu di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: