Pelakon Nadia Brian tidak menutup pintu hatinya untuk memegang status seorang isteri lagi, meskipun pernah berdepan kegagalan rumahtangga sebelum ini. Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohames Rashidi, 31 berkata, dia sentiasa berdoa dan berharap ditemukan dengan seorang lelaki yang baik pada tahun hadapan.
"Kalau ditanya apakah yang saya inginkan untuk 2022 ini... selain mengharapkan kerjaya seni yang lebih baik, saya juga berdoa Allah akan pertemukan saya dengan seseorang sebab saya masih ada perasaan untuk mendirikan rumahtangga.
"Saya tidak pernah menyesal pun dengan rumahtangga sebelum ini yang tak menjadi. Saya tidak pernah tutup pintu hati malah selalu berdoa agar Allah pertemukan saya dengan jodoh yang baik dan mahu hubungan yang berkekalan," katanya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ditanya tentang ciri-ciri calon yang dicari, Nadia berkata, apa yang lebih penting ialah seseorang yang boleh membimbing dirinya ke jalan Allah.
"Saya tidaklah letakkan ciri-ciri khas sebab masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cuma sekarang apa yang boleh saya katakan, saya mahu seseorang yang boleh bawa saya ke jalan Allah dan paling penting boleh serasi dengan saya. Saya harap peminat semua dapat doakan untuk saya," ujarnya.
Untuk makluman, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun bercerai pada 2 April 2021. Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.
________________________
No comments:
Post a Comment