19 September 2021

VIVY YUSOF BAKAL TIMANG 'BABY BOY'



"Kami tidak sabar untuk berjumpa kamu, baby boy. Terima kasih anda semua di atas kiriman doa yang berterusan. Sikit sahaja lagi, InsyaAllah!" demikian tulis personaliti media sosial dan juga usahawan terkenal, Vivy Yusof yang mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki, tidak lama sahaja lagi.

Berita gembira tersebut dikongsikan Vivy menerusi sebuah hantaran video di Instagramnya di samping suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bersama tiga lagi anak mereka. Dalam hantaran tersebut, Vivy dan suami dilihat meletupkan belon sekaligus mengeluarkan kepingan kertas berwarna biru yang menandakan bayi lelaki.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan tahniah malah ada yang memuji pasangan itu pandai merancang keluarga dengan kehadiran sepasang anak lelaki dan perempuan.

Untuk makluman, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof,3, telah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta pada tahun 2012 yang lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Klik untuk gambar besar









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: