26 September 2021

PERNAH TERPELUK KEMBAR SUAMI - AYU RAUDHAH MINTA ZAQUAN BERAMBUT PANJANG



Sebut sahaja nama Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, pasti ramai mengetahui mengenai adik-beradik kembar ini yang juga pemain bola sepak, apabila sering menjadi perhatian ramai, termasuk kehidupan peribadi mereka.

Baru-baru ini, pengulas sukan, Hafizal Hamad ada membuat IG Live bersama mereka. Zaquan ada berkongsikan insiden lucu antara isterinya, pelakon Ayu Raudhah dan kembarnya, Aidil Zafuan.

Zaquan mendedahkan isterinya itu pernah tersilap peluk abangnya Aidil kerana keliru memandangkan wajah mereka sangat seiras. Kata Zaquan lagi, disebabkan insiden tersebut, Ayu meminta untuk membiarkan rambutnya panjang untuk membezakan antara mereka berdua.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Zaquan berkata sehingga kini masih ramai yang sukar untuk membezakan yang mana satu Zaquan dan mana satu Aidil. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terhibur dengan pendedahan berkenaan. Malah, netizen mengakui sukar membezakan kembar tersebut.

Untuk makluman, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: