10 September 2021

RISAU 8 AHLI KELUARGA POSITIF - ALMY NADIA MOHON DOA, TERUTAMA IBUNYA



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Almy memaklumkan lapan ahli keluarga di Balik Pulau, Pulau Pinang, telah disahkan positif Covid-19.

Dalam hantaran itu, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu memohon maaf kepada ibunya kerana tidak mampu berbuat apa-apa berikutan berjauhan. Almy sebaliknya hanya mampu menitipkan doa agar ahli keluarga terutama ibunya yang dalam kategori berisiko tinggi, segera sembuh.

"Saya minta doa semua agar emak, anak, adik, adik ipar dan empat anak saudara kami yang disahkan positif Covid-19 supaya cepat sembuh. Minta jasa baik anda, terutama untuk mak kami yang berada dalam kategori berisiko tinggi.

"Harap abah (ayah) kuat dan boleh uruskan semua. Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk kuatkan mental dan fizikal demi keluarga di Penang," katanya.

Klik untuk gambar besar



Almy berkata, ahli keluarga yang disahkan positif adalah ibu, adik perempuan dan suaminya serta empat anak mereka. Turut dijangkiti virus berkenaan adalah anak angkat Almy berusia 12 tahun yang dipelihara ibu.

Bagaimanapun, bapa dan adik lelaki Almy tidak dijangkiti Covid-19 mengikut keputusan ujian calitan yang diterima, pagi semalam.

"Selepas anak angkat saya dan anak saudara diserang demam kira-kira lima hari lalu, ibu pula terkena gejala sama dan batuk. Semua ahli keluarga yang positif ditempatkan dalam sebuah bilik. Ayah dan adik lelaki menjadikan ruang tamu sebagai tempat tinggal sementara.



"Emak agak teruk berbanding ahli keluarga lain. Emak mengalami batuk yang teruk dan merasa ketat pada bahagian dada. Saya minta bapa awasi paras oksigen emak dan jika menurun, mereka perlu segera hubungi ambulans," jelasnya.

Almy lega adik lelakinya disahkan negatif Covid-19 dan dapat membantu menyediakan keperluan ahli keluarga yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Adik lelaki keluar bekerja pagi tadi. Namun, sebaik keputusan ujian calitan diterima, dia diminta balik kerana bimbang jika menyebarkan virus di tempat kerja," ujarnya yang sedih sudah hampir dua tahun tidak dapat pulang menjenguk keluarganya di Balik Pulau.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: