27 September 2021

TAMAT PENGAJIAN DI UK - ADIK NEELOFA, ATHISHA KHAN SAMBUT MAJLIS KONVO DI RUMAH



Menerusi muat naik di laman Instagram, personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Noor Neelofa iaitu Athisha Khan telah berjaya menamatkan pengajian di United Kingdom.

Dalam entri tersebut, Athisha berkongsikan gambar memakai jubah konvokesyen dalam majlis serba ringkas yang diadakan di rumah bersama keluarga.

Difahamkan gadis berusia 23 tahun itu merupakan graduan undang-undang perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom.

Klik untuk gambar besar



Dalam beberapa perkongsian lain, Athisha turut menzahirkan penghargaan buat kedua ibu bapanya, Datuk Abdul Halim Khan dan Datin Noor Kartini di atas sokongan mereka selama ini sepanjang pengajian.

Perkongsian Athisha itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepadanya.


















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: