27 September 2021

KING COCO SAHKAN SUDAH LAMA BERCERAI, HABIS EDAH



"Saya dah lama dah (berpisah), no longer married. Saya pun dah lama habis edah, sekarang menjalani kehidupan sendiri tanpa teman lelaki atau suami. Saya tak mahu bercakap soal peribadi dah tapi nampaknya saya kena buat juga.

"Ada orang-orang yang telah diganggu. Jadi saya kena jelaskan sekali lagi," itulah kata Instafamous, King Coco yang mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor.

Tampil mendedahkan mengenai perkara itu di laman Instagram, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai tarikh mereka bercerai.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Coco berkata sebolahnya dia tidak mahu berkongsi mengenai hal peribadi kepada umum namun terpaksa berbuat demikian atas sebab tertentu.

Untuk makluman, King Coco mendirikan rumah tangga dengan bekas juruterbang itu pada 1 Januari 2017. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: