02 October 2021

"ALHAMDULILLAH... SATU MOMEN CUKUP INDAH BUAT SAYA" - FAIZAL TAHIR ISLAMKAN SAUDARA BARU



"Ini kali pertama saya diberi peluang oleh adik saya, Anas Tahir dan Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk membimbing seorang saudara baharu memeluk Islam. Ceritanya... pagi Isnin itu saya dapat mesej daripada pembantu memaklumkan mengenai program syahadah ini, saya tak fikir panjang terus bangun bersiap ke lokasi dan tinggalkan semua kerja.

"Lelaki berusia 60-an itu merupakan pemilik kandang kuda berkenaan dan sudah 12 tahun bercita-cita nak masuk Islam. Alhamdulillah... dapat membimbingnya mengucapkan kalimah syahadah merupakan satu momen cukup indah buat saya," ujar penyanyi Faizal Tahir yang meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk merasai momen mengajar seorang saudara baharu mengucapkan dua kalimah syahadah.

Penyanyi lagu 'Assalamualaikum' itu berkata, momen tersebut merupakan satu pengalaman yang cukup indah dalam hidupnya. Menurut Faizal, 42, dia teruja apabila dapat membimbing dan menyaksikan sendiri seorang lelaki warganegara New Zealand memeluk Islam di sebuah kandang kuda yang terletak di Cameron Highland, Pahang pada Isnin lalu.

Faizal berkongsi momen indh tersebut menerusi laman dengan memuat naik sebuah video dengan kapsyen: "In Islam, we are brothers. And when we are brothers, we do not abandon each other. InshaAllah," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam video tersebut, Faizal mengajar seorang lelaki mengucap kalimah syahadah disaksikan oleh adiknya, Anas yang juga penyampai radio Zayan dan wakil Hidayah Centre Foundation.

Perkongsian Faizal itu menerima pujian dan mengundang sebak dalam kalangan pengikutnya di laman berkenaan. Mengakui seronok mengikuti pertubuhan kebajikan untuk saudara baharu dan mualaf itu, penyanyi lagu 'Sampai Syurga' ini berkata dia akan bergerak lebih aktif bersama organisasi berkenaan.

"Sejujurnya memang dah lama saya pasang niat untuk buat benda ini, jadi apabila ada peluang macam ini saya tak sia-siakan. Adik saya dah biasa dengan program syahadah begini... tapi untuk saya ini merupakan pengalaman baharu. Sebelum ini saya hanya berkesempatan mengikuti event seperti berbuka puasa dan lain-lain.

"Hidayah Centre Foundation ditubuhkan untuk menjaga kebajikan mualaf, membimbing mereka yang mahu memeluk Islam dan menjaga kebajikan mereka selepas memeluk Islam, InsyaAllah selepas ini mungkin saya akan lebih aktif bersama organisasi ini," ujarnya.























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: