02 October 2021

BILA IMPIAN NABILA RAZALI MILIKI RUMAH DUA TINGKAT TERCAPAI



"Alhamdulillah syukur Ya Allah... 1 more achievement unlocked My dream house!" tulis penyanyi dan pelakon Nabila Razali apabila hasrat memiliki rumah impian akhirnya tercapai setelah menerima kunci rumah baharu daripada pihak pengurusan kediaman.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Nabila meluahkan rasa syukur impian untuk memiliki rumah dua tingkat itu tercapai dan segalanya dipermudahkan.

Nabila turut memuat naik foto dirinya di hadapan kediaman dua tingkat yang dipercayai terletak di Rawang, Selangor itu.

Perkongsian Nabila itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminatnya yang turut gembira serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah. Malah, ramai memuji reka bentuk kediaman itu cantik.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: