06 October 2021

"BARAN SELAMA INI DISANGKAKAN 'ANXIETY' RUPA-RUPANYA KESAN DARI HYPERTIROID" - CAPRICE



"Siapa sangka perasaan dan emosi bercampur baur serta baran yang selama ini disangkakan berpunca daripada 'anxiety' rupa-rupanya kesan dari hipertiroid. Insya-Allah saya boleh menghadapi perkara ini. Saya berharap dapat pulang secepat mungkin, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu.

"Doktor menyarankan saya untuk berada di hospital selama seminggu. Tidak dinafikan, perniagaan saya jatuh teruk akibat keadaan ini. Namun, saya akan pastikan semuanya kembali pulih seperti biasa," kata penyanyi rap sensasi dan kontroversi, Caprice yang tidak menyangka perubahan emosi dan sifat baran dalam dirinya selama ini berpunca daripada penyakit hipertiroid.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, yang dimasukkan ke pusat perubatan di sini, Isnin lalu akan dirawat selama seminggu bagi memantau keadaan kesihatannya.

Klik untuk gambar besar



Hipertiroid atau hipertoroidisme adalah penyakit di mana kadar hormon tiroid terlalu tinggi di dalam tubuh. Ia mendatangkan gejala jantung berdebar, tangan menggeletar dan berat badan turun mendadak.

Terdahulu, Caprice berdepan detik cemas apabila tiba-tiba sukar untuk bercakap seakan-akan mengalami serangan jantung dan separuh badannya seperti diserang angin ahmar, kira-kira jam 8 pagi, Isnin lalu.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: