Sebelum ini, penerbit dan pengarah Jinggo meluahkan rasa bangga dengan pencapaian anak bongsunya, Luth Mikhail apabila dia bergelar ketua pengawai eksekutif di restoran perusahaannya.
Terkini menerusi muat naik di laman Instagram, Jinggo sekali lagi meluahkan rasa gembira anak sulungnya pula, Uzair Haqimy kini sudah menjadi pengarah.
Jinggo berkata perasaannya kini bercampur baur apabila melihat anaknya sudah mampu meneruskan legasi yang dibina. Dalam pada itu, Jinggo turut memberikan kata-kata semangat kepada kedua anaknya itu untuk jadi lebih baik daripada dirinya.
Klik untuk gambar besar
"Ari tu Tok Sidang terase sedih benor bila @luthmikhail20 udoh besor, udoh jadi Mr CEO @thedimsumplacekl, 20 tahun udoh berlalu... Ari ni pulak teman terasa happy pon ada, terasa sedih pon ada bila @uzairhaqimy69 pulok dah amek alih kerusi Pengarah @realjspictures Tok Sidang...
"All the best Mr CEO.. Mr DIRECTOR, Jangan jadi macam papa tapi jadi lebih baik dari papa...Bukan 20 tahun tapi rhopenye udoh
25 tahun masa dah berlalu...," tulisnya.
Untuk makluman, Shiela dan Jinggo telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 1996 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Luth Mikhail serta Uzair Haqimy.
________________________
No comments:
Post a Comment