06 October 2021

DAKWAAN HAMIL - INI JAWAB NEELOFA



"Soalan mengenai sama ada seseorang itu sudah hamil atau tidak agak sensitif untuk dijawab. Pastinya mereka mempunyai alasan tersendiri. Katakanlah desas-desus itu betul atau tidak, saya akan menunggu waktu yang terbaik untuk kongsikan kepada semua kerana berita ini adalah satu doa.

"Saya berharap orang ramai dapat memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlukan doa-doa ini sebagai satu perlindungan. Saya faham kedudukan saya di mana orang mengharapkan perkongsian ini. Insya-Allah akan dibuat dengan baik dan saya akan kongsikan kepada semua kerana ia bukanlah sesuatu berita buruk yang perlu disorokkan.

"Sebagai contoh kalau kandungan dah betul-betul stabil barulah akan dikongsikan," itulah jawapan yang diberikan oleh pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa mengenai khabar angin mengatakan dia hamil.

Tak mahu sahkan dan tak juga menafikan, isteri kepada pendakwah bebas dan pelakon Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz itu sebaliknya meminta didoakan yang terbaik untuk dirinya.

Klik untuk gambar besar



Neelofa berkata, sekiranya desas-desus itu benar, dia akan menunggu waktu yang tepat untuk berkongsi berita gembira itu kepada orang ramai. Ditanya adakah pengumuman terbabit akan dibuat pada waktu terdekat, Neelofa berkata, dia akan memaklumkan apabila semuanya sudah betul-betul pasti.

Dalam masa sama, Neelofa yang melangsungkan pernikahan drgan PU Riz di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu itu mengakui ramai pihak teruja menantikan berita kehamilannya sehingga sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.

Sejak Julai lalu khabar angin mengenai kehamilan bekas pengacara MeleTOP itu hangat diperkatakan selepas dia dilihat menunjukkan tanda-tanda ibu mengandung apabila asyik mengusap bahagian perutnya.

Bukan hanya pada siaran langsung di Instagram Live untuk promosi tudung, paling ketara ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), 24 September lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: