06 October 2021

GENAP SETAHUN - ANAK FAZURA DIHADIAHKAN RANTAI BERLIAN OLEH PERMAISURI SELANGOR



Pada 2 Oktober lalu, anak kepada pasangan selebriti popular, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya telah genap usia setahun dan menyambut ulang tahu kelahiran yang pertama.

Apa lebih menarik, Fatima telah menerima seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fazura berkongsikan hadiah rantai berlian tersebut dengan loket huruf F bersempena nama Fatima. Selain rantai, Fatima turut menerima sekeping kad yang ucapan istimewa daripada Tengku Permaisuri Norashikin.

Klik untuk gambar besar



"Kepada Fatima, awak layak menerima semua cinta dan kebahagiaan di dunia. Selamat hari jadi," tulis Permaisuri Selangor.

Terharu dengan hadiah istimewa itu, Fazura menjunjung titah mengucapkan ribuan terima kasih serta menitipkan doa buat baginda Permaisuri Selangor.

"Kami sayangkan Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kegembiraan, rezeki dan kasih sayang setiap hari, amin," katanya.





















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: