22 October 2021

BERBAJU MELAYU PUTIH, KELUAR GROUP DUDA - FIZO OMAR DAH NIKAH KALI KEDUA?



"Ok abe Joe (Fizo) left group 'recond' dulu ok. Apa-apa roger ok. @sharnaazahmad @nazimothman @azleekhairiofficial," demikianlah tulis pelakon Fizo Omar secara ringkas menerusi muat naik terbaru di laman Instagram miliknya.

Kenyataan Fizo itu sekaligus menjawab desas-desus dirinya bakal mengakhiri zaman duda. Malah foto Fizo memakai persalinan baju melayu berwarna putih bersama anak perempuannya yang dimuat naiknya pada Khamis malam itu menguatkan lagi spekulasi berkenaan.

Walaupun tidak mengesahkan tentang khabar gembira itu namun Fizo memberi bayangan dia kini sudah keluar daripada kumpulan selebriti berstatus duda iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi.

Bagaimanapun, identiti wanita yang dikatakan menjadi suri hati pelakon drama 'Rindu Awak Separuh Nyawa' itu juga masih menjadi misteri.

Klik untuk gambar besar



Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang turut melahirkan rasa syukur atas pernikahan Fizo atau nama sebenanrya Wan Hafizol Wan Omar.

"Tahniah akhirnya abe Joe kahwin juga. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu. - "Syukur Alhamdulillah... Allah pertemukan jodoh. Semoga bahagia hingga ke jannah," antara komen netizen.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lebih lanjut mengenai berita gembira itu gagal apabila Fizo dan pengurusnya tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.


Khabar angin Fizo bakal berkahwin menjadi perbualan ramai selepas terdapat sumber yang mendedahkan aktor berusia 36 tahun itu sibuk dengan persiapan pernikahannya sejak beberapa minggu lalu.

Bekas isteri kepada Fizo iaitu Mawar Karim menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan turut mendedahkan aktor itu bakal berkahwin.

Untuk makluman, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: