22 October 2021

BILA KING COCO PUN HAMPIR KENA 'SPIKED DRINKS' KAWAN BAIK



Mungkin bagi remaja atau yang masih mentah, kaedah dikenali sebagai spiked drinks agak asing bagi mereka gara-gara ingin berseronok, berhibur dan bergaul secara sosial dengan orang yang baru dikenali.

Namun bagi King Coco, dia lebih tahu taktik tersebut dan ia pernah dan hampir berlaku kepada dirinya ketika berada di sebuah restoran.

Dakwanya, dia hampir menjadi mangsa kepada kenalannya sendiri dengan cara memasukkan bahan asing berbentuk dadah atau alkohol itu ke dalam minumannya.

"Talks about spiked? Yah, pernah lalui benda ini. Waktu zaman dulu. Ada orang cuba lakukan perbuatan terkutuk ini.

"Letak sesuatu dalam air kita.

"Kepada semua wanita, berhati-hati kalau keluar. Perkara sebegini bukan hanya berlaku di kelab malam sahaja. Kat kedai makan pun jadi.

"Jadi jangan anggap pergi tempat jahat sebab tu kena. Tidak! Pergi mana-mana pun boleh kena!

"Saya kena di restoran! Bukan kelab. Jadi berwaspada, jangan keluar dengan individu tidak dikenali," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Kadang-kadang kawan yang dah lama pun cuba nak makan kita. Jadi jaga-jaga berkawan biar sedikit. Anda tahu siapa sebenarnya yang toksik!" pesan Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 24.

Klik untuk gambar besar



Untuk info, Polis Diraja Malaysia, menjelaskan bahawa 'Spiked Drinks' adalah minuman yang dimasukkan bahan seperti dadah atau alkohol tanpa pengetahuan mangsa atas tujuan jahat untuk merogol, merompak, menculik, mensabotaj atau untuk tujuan hiburan.

Individu yang meminum spiked drinks mungkin tidak dapat mengawal kelakuannya sendiri, rasa mengantuk, keliru, sangat pening hingga sukar bercakap dan bergerak.

Ini adalah langkah-langkah untuk mengelakkan diri anda daripada meminum minuman terbabit seperti yang disarankan PDRM:

1. Maklumkan lokasi kepada ahli keluarga atau kawan karib dan dengan siapa anda keluar.

2. Pilih minuman bertutup atau dalam tin berbanding minuman dalam gelas yang telah disediakan lebih awal.

3. Tutup permukaan minuman jika mendapat minuman dalam gelas dengan tapak tangan ketika anda leka berbual atau sebagainya.

4. Awasi minuman setiap masa dan jangan biarkan minuman ditinggalkan begitu saja pada bila-bila masa sekali pun. Minta minuman baharu sekiranya ragu-ragu.

5. Elak terima daripada orang tidak dikenali, tolak secara sopan.

6. Perhati tanda-tanda meragukan misalnya minuman telah dialihkan dari posisi asal, warna pelik, kuantiti air bertambah, rasa minuman agak ganjil, terdapat buih yang mencurigakan atau apa-apa saja.

7. Berhenti minum serta merta jika rasa yang luar biasa. Anggap keadaan di tempat itu tidak selamat, segera beredar dan hubungi keluarga atau rakan baik anda jika khuatir berseorangan.


Sumber: Facebook PDRM

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: